soalan lazim
soalan lazim
Syarat kelayakan untuk memohon Rumah Selangorku adalah seperti berikut:
- Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
- Permohonan Rumah Jenis A: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,500.00;
- Permohonan Rumah Jenis B: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM7,000.00;
- Permohonan Rumah Jenis C: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM10,000.00;
- Permohonan Rumah Jenis D, JENIS E DAN JENIS E KHAS: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM14,500;
- Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, D atau E semasa membuat permohonan;
- Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
- Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
- Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.
Harga jualan bagi Rumah Selangorku tertakluk kepada kategori dan Jenis rumah yang dipilih seperti berikut:
- Rumah Bertingkat (Pangsapuri)
Jenis A: RM 42,000.00 seunit
Jenis B: RM 100,000.00 seunit
Jenis C: RM 150,000.00 seunit
Jenis D: RM 200,000.00 seunit
Jenis E: RM 250,000.00 seunit
Nota: Perubahan harga jualan tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Negeri
- Rumah Bertanah (Rumah Bandar & Teres)
Jenis A: RM 42,000.00 seunit (Rumah Bandar)
Jenis B: RM 100,000.00 seunit (Rumah Bandar)
Jenis C: RM 200,000.00 seunit (Rumah Bandar)
Jenis D: RM 250,000.00 seunit (Rumah Teres)
Jenis E: RM 250,000.00 seunit (Rumah Teres)
Nota: Perubahan harga jualan tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Negeri
Sekiranya pemohon tidak mengetahui proses pendaftaran secara betul dan tepat, sila rujuk manual proses pendaftaran Rumah Selangorku melalui laman sesawang LPHS seperti berikut: https://ehartanah.lphs.gov.my/.
Pemohon perlu memuat naik (upload) dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
- Pendapatan Bulanan pemohon dan pasangan;
- Penyata gaji terkini daripada majikan atau surat akuan bersumpah / berkanun daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
Tempoh masa yang ditetapkan untuk proses pindah milik Rumah Selangorku dan Hartanah Harga Kawalan adalah selepas tempoh lima (5) tahun daripada tarikh menandatangani Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement) dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Pemohon yang masih belum melengkapkan sepenuhnya permohonan dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku akan diletakkan dalam kategori Draf. Pemohon perlu menyemak semula permohonan dengan melengkapkan maklumat yang wajib diisi dan dokumen dimuat naik yang diperlukan. Sekiranya pemohon gagal melengkapkan maklumat permohonan dan tidak berjaya dihantar dalam tempoh 21 hari, maka pendaftaran ini akan terpadam dan permohonan baru perlu didaftarkan semula.
Pemohon dalam status SENARAI MENUNGGU bermaksud pemohon dalam proses Pra Tawar namun tertakluk kepada kriteria dan syarat kelayakan pemohon, jumlah permintaan daripada pemohon, stok unit rumah yang ada boleh ditawarkan dan sebagainya yang mempengaruhi proses penawaran dan kelayakan pemohon. Kebiasaanya, pendaftaran permohonan yang direkod dalam sistem di LPHS melebihi daripada jumlah stok unit yang boleh ditawarkan kepada pemohon dan perlu menunggu sehingga terdapat kekosongan unit.
Selepas tempoh 1 tahun masih tiada keputusan tawaran maka pendaftaran permohonan baru perlu dibuat semula. Walau bagaimanapun, pemohon boleh menukar lokasi projek permohonan sekiranya merasakan permohonan tersebut telah lama atau tidak berminat lagi.
- Satu (1) salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
- Satu (1) salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/SuratCerai/Sijil Kematian pasangan;
- Satu (1) Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin (Salinan asal, wajib dikemukakan);
- Satu (1) salinan penyata gaji terkini sebulan sahaja atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri; (Salinan asal, wajib dikemukakan dan tidak kurang 3 bulan dari tarikh serahan)
- Satu (1) salinan Surat Akuan Bersumpah / Berkanun daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja; (Salinan asal, wajib dikemukakan dan tidak kurang 3 bulan dari tarikh serahan)
- Satu (1) salinan Penyata KWSP (jika ada) berserta sejarah pengeluaran KWSP; (tidak kurang 3 bulan dari tarikh serahan); dan
- Satu (1) salinan Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS. (Salinan asal, wajib dikemukakan dan tidak kurang 3 bulan dari tarikh serahan)
Semua Dokumen Sokongan (hardcopy) pemohon yang telah dilengkapkan oleh pemohon perlu dikemukakan kepada pihak pemaju untuk diserahkan kepada pihak LPHS bagi tujuan semakan dan pengesahan LPHS sebelum surat tawaran dikeluarkan. Pemohon yang layak boleh menyemak status di atas talian iaitu Terima Tawaran iaitu surat tawaran telah dikeluarkan. Dengan ini, pemohon boleh mendapatkan surat tawaran tersebut daripada pemaju berkenaan bagi urusan pemilihan unit, perjanjian jual beli dan sebagainya.
Perbezaan diantara kedua-dua projektersebut adalah seperti berikut:
Rumah Selangorku (LPHS)
– Senarai Nama adalah berdasarkanpemarkahan merit iaitu melalui Sistem Permohonan Hartanah Negeri Selangor(SPHNS).
– Pemohon dan Pasangan (WarganegaraMalaysia) tidak mempunyai sebarang hartanah.
Rumah Selangorku (Pendaftaran Pemaju)
– Senarai Nama adalah melalui pihakpemaju bagi projek tersebut.
– Pemohon atau pasangan mempunyai satu(1) hartanah sahaja, layak untuk membuat permohonan bagi projek di bawahkategori Pendaftaran Pemaju. Ini bermaksud, permohonan bagi projek ini adalahbagi kediaman yang kedua (2).
